RSS

En. Sazali Bin Mohamed Mokhtarudin

En. Sazali Bin Mohamed Mokhtarudin
GPK Kokurikulum SKBBS

Saturday, February 26, 2011

Mesyuarat Agung PIBG SKBBS 2011

Mesyuarat Agung PIBG SKBBS 2011 telah selamat dijalankan pada 26 Februari 2011 (Sabtu) di dewan SKBBS. Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh En. Abd Aziz Bin Yahya (Guru Besar SKBBS). Terdapat kelainan pada mesyuarat kali ini di mana diselitkan dengan 4 persembahan yang mantap (tarian Joget, tarian Sarawal, tarian Endang dan koir) bagi memeriahkan suasana. Cabutan bertuah juga telah disediakan dengan 2 hadiah utama iaitu TV plasma dan set home theater. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan mesyuarat kali ini.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SKBBS 2011

SKBBS telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 25 Februari 2011. Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam. Program dimulai dengan bacaan yasin diikuti doa, selawat, perarakan murid dan guru, nasyid, tayangan filem dan diakhiri dengan ceramah.

Monday, February 7, 2011

Istiadat Perlantikan Pemimpin Sekolah 2011

Istiadat Perlantikan Pemimpin Sekolah bagi sesi 2011 telah berlangsung dengan penuh adat Melayu di dewan SKBBS. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG (Dr Kamal Hashim). Beberapa orang pegawai istiadat yang terdiri daripada murid tahun 5 dan 6 telah dilatih oleh En. Saifulizan dan dibantu oleh beberapa orang guru iaitu Pn. Nor Jamilah, Pn. Siti Mariam, Cik Sharmini dan En. Che Zaini. Tahniah kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis tersebut dan juga kepada semua pemimpin sekolah yang dipilih. Anda merupakan pemegang amanah yang dipercayai oleh pihak sekolah.

Tuesday, February 1, 2011

Edisi 2011

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.
Dah lama rasanya tak kemaskini blog ni, maklumlah sibuk sikit.
Tapi untuk pengetahuan semua, maklumat mengenai carta organisasi kokurikulum dan takwim kokurikulum sesi 2011 telah dikemaskini dan boleh dilayari dengan menekan butang di sebelah kanan.
Buat masa sekarang, ini sahaja yang boleh dicoretkan. Entri seterusnya akan dikemaskini setelah beberapa program dijalankan.
Jumpa lagi......

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Get double the value with Chinese New Year Hot Tickets exclusive from Hotlink! Enjoy more talktime and SMS to reach out more to your family and friends in this festive season! #CNYhotticket

Get double the value with Chinese New Year Hot Tickets exclusive from Hotlink! Enjoy more talktime and SMS to reach out more to your family and friends in this festive season! #CNYhotticket

Saturday, December 25, 2010

Senarai Kumpulan Gotong-Royong Bilik Khas SKBBS 2011

TARIKH        : 28 – 30 DISEMBER 2010
HARI             : SELASA – KHAMIS
MASA           : 2.00 PETANG – 4.00 PETANG

Tempat
Nama Guru
1 Cemerlang
En. Syahrul Nizam Bin Rosnan
Pn. Vijayarani a/p Mutumaniam
1 Cerdik
Pn. Norazihah Bt Mat Deris
Pn. Norismaiza Bt Mohd Samsudin
1 Canggih
En. Hasmizam Bin Hashim
Cik Nurashikin Bt Adenan
1 Cerdas
Pn Nurzaliza Bt Rasli
Cik Nortiningsih Bt Yasin
1 Cekap
Pn. Azimah Bt Yasin
Pn. Asmawati Bt Muhamed
2 Cemerlang
Pn. Siti Khadijah Bt Mahmud
2 Cerdik
Pn. Mashitah Bt Abd Ghani
2 Canggih
En. Saipullah Bin Isa
Pn. Nazraini Bt Mohd Noor
2 Cerdas
Pn. Zuraiha Bt Mustapa
2 Cekap
Cik Nurazilah Bt Abdullah
3 Cemerlang
Pn. Oni Samsida Bt Ibrahim
3 Cerdik
En. Mohamad Izuan Bin Sareat
3 Canggih
Cik Nurasniliza Bt Muhamad
3 Cerdas
En. Nurul Sharhizam Bin Nurul Hadi
3 Cekap
En. Zulkifli Bin Mat
4 Cemerlang
Pn. Haryanti Bt Ismail
4 Cerdik
Pn. Noor Asmah Bt Shariff
4 Canggih
Pn. Noor Asmawati Bt Ali
4 Cerdas
Cik Noriza Bt Abu Bakar
4 Cekap
En. Kamarul Azamin Bin Mohamad
4 Cekal
En. Hani Ismariral Bin Nanyan
5 Cemerlang
Pn. Zaihayani Bt Zainal
5 Cerdik
Pn. Siti Mariam Bt Abdullah
5 Canggih
Cik Nur Azila Bt Mohd Saad @ Din
5 Cerdas
Pn. Siti Murni Bt Abd Halim
5 Cekap
Cik Siti Norazlina Bt Nordin
5 Cekal
Pn. Sharizah Bt Shamsudin
6 Cemerlang
Pn Yong Har Lian
6 Cerdik
Pn. Nor Nadiah Bt Kamarul
6 Canggih
Pn. Hazalina Bt Ani
6 Cerdas
Pn. Choo Lik Pin
6 Cekap
Pn. Rabzilah Bt Tajuddin
6 Cekal
En. Mohd Reza Bin Aliasad
Pra A
Pn. Wahida Bt Sukerman
Pn. Farahdiba Bt Muhamad
Pra B
Cik Noryani Bt Nawawi
Pn. Rohaini Bt A. Hamid
Pusat Sumber
Pn. Hairizah Bt Alias
Pn. Sharma Zalina Bt Shoabani
Pn. Zairosnidawati Bt Ismail
Pn. Roslizawaty Bt Hamzah
Makmal Sains
En. Mohd Hafez Bin Ab Wahab
Cik Nora Bt Hj Akir
Bengkel KH
Pn. Nor Adial @ Aida Bt Mustapa
Cik Norazalina Bt Juffri
Bilik Muzik
Pn. Habsah Bt Samdin
Pn. Noralina Bt Mee
Bilik KPD / STIC
En. Che Zaini Bin Che Daud
Pn. Hjh Ruzila Bt Mohd Radzi
En. Suhawadi Bin Abdullah
Stor Sukan
En. Mohamad Nasir Bin Musa
Pn. Norhasrina Bt Hasan
Surau
Cik Noor Aziah Bt Mohd Nor
Bilik j-QAF
Pn. Rozaini Bt Tukimin
Bilik Bimbingan & Kaunseling
Cik Sharmini Devi a/p Karuppiah
Pn. Nor Jamilah Bt Abd Salam
Bilik BOSS
Cik Suriani Bt Abdul Mulok


Bidang Tugas:
Bilik Darjah:
1.      Pastikan kerusi dan meja mencukupi mengikut bilangan murid 2011.
2.      Papan kenyataan (Bangunan A & B sahaja) ditutupi dengan plastik biru yang disediakan.
3.      Meja guru dialas dengan alas meja yang disediakan.
4.      Label papan kenyataan belakang kelas seperti berikut:
a.       Sudut mata pelajaran
b.      Sudut bacaan
c.       Potret pemimpin
d.      Kata-kata perangsang
e.       Sudut pameran hasil kerja murid
5.      Label papan kenyataan hadapan kelas seperti berikut:
a.       Jadual waktu kelas
b.      Jadual tugas murid
c.       Carta organisasi kelas (bergambar)
d.      Rukun Negara
e.       Falsafah Pendidikan Kebangsaan
f.       Peraturan Bilik darjah
g.      Misi & Visi Sekolah
h.      Pelan Keselamatan
i.        Kalendar / cuti persekolahan
6.      Pastikan jam dinding ditempatkan pada bahagian hadapan kelas.
7.      Carta ABM digantung kemas
8.      Terdapat alatan pembersihan (penyapu, penyodok sampah, bakul sampah, pemadam papan putih, bulu ayam)
9.      Bina sudut bacaan di ruang yang sesuai.

Bilik-Bilik Khas (Makmal Sains, Bengkel KH, Bilik KDP, Bilik Muzik, Bilik j-QAF dan Surau)
1.      Pastikan meja dan kerusi teratur (jika ada)
2.      Alatan disimpan dan disusun dengan kemas serta dilabelkan.
3.      Sediakan buku rekod penggunaan alatan dan bahan.
4.      Papan kenyataan perlulah dilengkapi dengan:
a.       Visi & Misi Sekolah
b.      Pelan Keselamatan
c.       Jadual Penggunaan Bilik Khas
d.      Rukun Negara
e.       Carta Organisasi
f.       Falsafah Pendidikan Kebangsaan
g.      Peraturan Bilik Khas
5.      Carta ABM digantung kemas.
6.      Jam dinding ditempatkan di hadapan kelas.
7.      Terdapat alatan pembersihan (penyapu, penyodok sampah, bakul sampah, pemadam papan putih, bulu ayam)

Setor Sukan
1.      Pastikan semua peralatan sukan disusun dengan kemas dan teratur.
2.      Labelkan alatan.
3.      Sediakan buku rekod penggunaan alatan.
4.      Papan kenyataan perlu mengandungi:
a.       Visi & Misi Sekolah
b.      Pelan Keselamatan
c.       Rukun Negara
d.      Carta Organisasi
e.       Falsafah Pendidikan Kebangsaan
f.       Peraturan Penggunaan Alatan

Bilik Mesyuarat, Bilik Guru Transit dan Bilik Peperiksaan
1.      Pastikan meja dan kerusi teratur dan kemas.
2.      Carta utama perlu mengandungi:
a.       Visi & Misi Sekolah
b.      Pelan Keselamatan
c.       Rukun Negara
d.      Carta Organisasi
e.       Falsafah Pendidikan Kebangsaan
3.      Jam dinding ditempatkan di hadapan bilik.
4.      Peralatan kebersihan (penyapu dan penyodok sampah) perlu ditempatkan di ruang yang sesuai.
5.      Pastikan ruang bilik selesa dan tidak serabut.          

Bilik BOSS
  1. Pastikan buku teks disusun dengan kemas dan teratur.
  2. Mengasingkan buku teks yang rosak dan yang masih elok dan ditempatkan di rak yang sesuai.
  3. Sediakan buku rekod SPBT.
  4. Papan kenyataan perlulah dilengkap dengan:
a.       Visi & Misi Sekolah
b.      Pelan Keselamatan
c.       Carta Organisasi BOSS
d.      Peraturan Bilik BOSS
e.       Rukun Negara
f.       Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  1. Peralatan kebersihan (penyapu dan penyodok sampah) perlu ditempatkan di ruang yang sesuai.

PERHATIAN:
Silakan dapatkan bekalan alatan asas di pejabat.