RSS

En. Sazali Bin Mohamed Mokhtarudin

En. Sazali Bin Mohamed Mokhtarudin
GPK Kokurikulum SKBBS

Sunday, October 31, 2010

PROBAS

Unit kokurikulum dan HEM telah bekerjasama bagi merancang satu program khas cuti sekolah iaitu Program Bakti Sekolah (PROBAS) kali pertama. Program ini bertujuan mendedahkan murid kepada suasana kehidupan kampung bersama keluarga angkat masing-masing. Selain itu, peserta yang terlibat juga akan mengadakan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong, membantu keluarga miskin, melawat industri kampung, motivas dan sebagainya yang membabitkan juga warga kampung terpilih.
Seramai 80 orang murid (40 lelaki dan 40 perempuan) dan 20 orang guru akan dipilih untuk tinggal bersama-sama 20 keluarga angkat di Felda Adela, Kota Tinggi, Johor mulai 21 - 24 November 2010 (Ahad - Rabu). Peserta tidak dikenakan sebarang bayaran. Pihak jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling serta unit Kokurikum & Hem akan berusaha untuk mencari peruntukan melalui sumbangan pihak syarikat dan sebagainya.
Oleh yang demikian, diharap pihak lain yang ingin membantu sudilah kiranya untuk memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan atau sebagainya bagi menjayakan program murni ini. Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya di sekolah atau guru bimbingan. Segala jasa baik anda amatlah kami hargai.

Jamuan Akhir Tahun Pengakap SKBBS 2010

Pasukan Pengakap SKBBS telah menganjurkan jamuan akhir tahun pada 29 Oktober 2010. Penyelaras program iaitu adik Muhd Adham Aiman (6 Canggih) telah merancang program dengan sebaik-baiknya. Tahniah diucapkan kepada pasukan beruniform pengakap SKBBS.

Karnival Permainan SKBBS 2010

Sebagai mengisi masa terluang selepas PKSR 2 dan UPSR, unit kokurikulum telah menganjurkan Karnival Permainan 2010. Program ini bertujuan mencungkil bakat murid-murid untuk dipilih mewakili sekolah pada perlawanan bola sepak dan bola jaring sesi 2011. Semua murid tahun 4 hingga 6 terlibat mewakili kelas masing-masing melalui acara bola sepak, bola jaring, congkak dan formasi lompat tali. Penyelaras program iaitu En.Nasir telah merangka program dengan sebaik-baiknya. Program ini bermula pada 25 Oktober 2010 sehingga 5 November 2011 dan telah mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada PIBG.

Kem Bestari Solat Terakhir Sesi 2010

Kem Bestari Solat (KBS) SKBBS telah selamat berlangsung pada 16 Oktober 2010 (Sabtu). Program ini melibatkan semua murid tahun 1 - 5.

Lawatan Sambil Belajar Ke Melaka 2010

Kelab Rukun Negara di bawah unit kokurikulum telah bekerjasama dengan panitia Pendidikan Sivik Kewarganegaraan dan Jawatankuasa Kebajikan (Unit Hal Ehwal Murid) bagi mengadakan lawatan sambit belajar ke Melaka. Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 1 - 3 Oktober 2010 (Jumaat - Ahad). Seramai 80 orang murid dan 8 orang guru terlibat. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang sejarah penubuhan Melaka khasnya dan Malaysia amnya.

Khemah Ibadah SKBBS 2010

Program khemah ibadah telah selamat dilaksanakan pada 4 - 5 Julai 2010. Penyelaras program iaitu Cik Noor Aziah telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program tersebut. Begitu juga dengan guru-guru yang terlibat serta penglibatan murid yang menepati sasaran iaitu 120 orang. Program ini dirancang untuk membantu murid yang beragama Islam meningkatkan lagi pemahaman di dalam amal ibadah selain menerapkan beberapa aktiviti unit beruniform.

Ambang Merdeka 2010

Sambutan Ambang Merdeka SKBBS 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Ogos 2010. Pelbagai acara menarik disusun bagi memeriahkan sambutan. Penyelaras program iaitu Pn. Sharma telah bertungkus-lumus memastikan sambutan berjalan dengan licin dan sempurna.

Pelancaran Bulan Patriotisme 2010

Pelancaran Bulan Patriotisme SKBBS 2010 telah dilaksanakan dengan sempurna pada 16 Ogos 2010. Program ini dirasmikan oleh En. Abd Aziz Bin Yahya (Guru Besar SKBBS). Sepanjang bulan ini, pelbagai aktiviti disusun bagi meningkatkan semangat jatidiri murid-murid khasnya dan warga SKBBS amnya bagi memupuk semangat cintakan negara.

Kejohanan Padang & Balapan SKBBS Kali Ke-20

Pada 31 Julai 2010 (Sabtu), temasya sukan tahunan sekolah yang dikenali sebagai Kejohanan Padang & Balapan Kali Ke-20, 2010 telah selamat dirasmikan dan berlangsung dengan jayakan. Lebih membanggakan apabila kejohanan kali ini dijalankan serentak dengan Hari Jualan Amal Mesra PIBG SKBBS. Kedua-dua program yang besar ini telah berjaya hasil kerjasama yang erat antara guru, murid, ibu bapa dan syarikat-syarikat serta individu yang menyumbang. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua.

Persiapan Kejohanan Padang & Balapan SKBBS 2010

Latihan rumah sukan telah diadakan seawal bulan Jun 2010 manakala sukantara bermula 3 minggu sebelum berlangsungnya temasya. Acara akhir dijalankan pada 26 - 28 Julai 2010 manakala raptai diadakan selama 2 hari bermula 28 Julai sehingga 29 Julai 2010. Penglibatan daripada semua warga SKBBS adalah amat menggalakkan.


PROMO KELAB SENI SILAT KEGAYUNGAN HELANG PUTIH SKBBS

Kelab Seni Silat Kegayungan Helang Putih telah ditubuhkan pada awal bulan April 2010. Oleh demikian, sebelum penubuhannya, promosi seni silat ini telah diadakan di dewan SKBBS pada waktu kokurikulum. Sambutan murid ke atas kelab ini adalah amat memberangsangkan.

Perkhemahan Unit Beruniform 2010

Perkhemahan Unit Beruniform SKBBS telah dilaksanakan pada 28 - 29 Mac 2010 (Sabtu - Ahad).
Tujuan perkhemahan ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada murid SKBBS dari tahun 3 hingga 6 melibatkan diri di dalam aktiviti unit beruniform dan membina semangat setiakawan dan berpasukan.

Saturday, October 30, 2010

Sekapur Sirih Pembuka Blog

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kpd semua.
Blog ini dibina bagi memudahkan warga SKBBS dan sekitar dengannya untuk mengetahui pelbagai berita terkini dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan unit kokurikulum SK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.