RSS

En. Sazali Bin Mohamed Mokhtarudin

En. Sazali Bin Mohamed Mokhtarudin
GPK Kokurikulum SKBBS

Tuesday, November 30, 2010

PROBAS 2010

Alhamdulillah, Program Bakti Sekolah (PROBAS) SKBBS telah selamat dilaksanakan dengan jayanya di Felda Tunggal, Kota Tinggi, Johor pada 25 - 28 November 2010. Program ini yang telah mencapai objektif utamanya iaitu mengeratkan silahturahim antara masyarakat bandar dan luar bandar.
PROBAS kali pertama ini telah dirasmikan oleh Dato Harun (Adun Tg Surat) manakala perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dato Yaacob (Wakil Rasmi Dato Azalina).
Secara keseluruhannya, semua peserta berasa seronok dan ingin tinggal lebih lama lagi di situ begitu juga dengan ibu bapa angkat di Felda Tunggal. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua AJK PROBAS 2010, para penyumbang, pihak pentadbiran SKBBS, ibu bapa murid SKBBS, PIBG SKBBS, peserta program dan semua yang terlibat secara langsung di dalam menjayakan program ini.
Nantikan kemunculan PROBAS edisi 2011 yang dijangka dijalankan pada bulan Jun 2011.



Wednesday, November 17, 2010

Pembetulan Tarikh PROBAS 2010

Pihak Jawatankuasa PROBAS 2010 ingin memaklumkan bahawa program ini telah ditukarkan tarikh daripada 21 November 2010 - 24 November 2010 kepada 25 November 2010 (Khamis) sehingga 28 November 2010 (Ahad). Ini berikutan pihak JKKK Felda terbabit meminta agar tarikh ditunda ke hadapan berikutan pada tarikh (awal) yang sama, pihak audit dari Jerman melawat kawasan tersebut. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi saya (En. Sazali) di talian 017-2409773. Sebarang kesulitan mohon dimaafi.

Makan Malam BKGK 2010

Makan malam anjuran BKGK SKBBS telah diadakan di dewan SKBBS pada malam 13 November 2010. Setelah guru-guru dan kakitangan SKBBS berhempas pulas melaksanakan HAC, kini tiba giliran mereka pula diraikan melalui majlis makan malam ini. Semoga melalui majlis ini, ikatan silahturahim antara semua guru dan kakitangan dapat dieratkan lagi.

Hari Anugerah Cemerlang 2010

Hari Anugerah Cemerlang (HAC) telah berjaya dilangsungkan dengan penuh gemilang di dewan SKBBS pada 13 November 2010 (Sabtu). Majlis dirasmikan oleh Dr Kamal (YDP PIBG). Tokoh ko-kurikulum SKBBS pada tahun ini telah dinobatkan kepada adik Adi Ruzaini (6 Canggih). Tahniah diucapkan kepada semua penerima hadiah dan anugerah.

Friday, November 12, 2010

Istiadat Graduasi Pemimpin Murid 2010

Pada hari in telah dilangsungkan Majlis Graduasi Pemimpin Murid 2010. Peserta isitiadat acara telah menunjukkan komitmen yang baik bagi menjayakan istiadat simbolik program tersebut. Diharap agar peserta istiadat dapat menunjukkan yang terbaik bagi Hari Anugerah Cemerlang 2010 nanti.

Tuesday, November 9, 2010

Perhimpunan Terakhir Kokurikulum 2010

Aktiviti kokurikulum sesi 2010 ditutup melalui perhimpunan kokurikulum di dewan SKBBS pada 3 November 2010. Sejurus ucapan, acara penyampaian hadiah bagi minggu badminton, permainan dalaman, Kelab Rukun Negara, Matematik, PBSM, dan minggu2 kokurikulum yang telah dilaksanakan sebelum ini. Kemudian perhimpunan diteruskan dengan pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh JK Pusat Sumber. Tahniah diucapkan kepada semua guru dan murid yang terlibat menjayakan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2010. Diharap pada tahun 2011 SKBBS dapat menyerlahkan lagi bakat dan potensi murid melalui kokurikulum.

Thursday, November 4, 2010

Latihan Istiadat Graduasi 2010

Hari ini telah dijalankan latihan (berpakaian separuh penuh) bagi istiadat dan protokol untuk majlis graduasi yang bakal dilangsungkan pada 12 November 2010. Seramai 14 orang murid terlibat di dalam istiadat membawa tombak dan paha.

Wednesday, November 3, 2010

Karnival Permainan 2010 (Akhir)

Hari ini telah dijalankan perlawanan akhir bola sepak, bola jaring dan lompat tali. Terdapat ramai bakat baru dapat dicungkil hasil karnival permainan ini. Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar berjaya di dalam bidang sukan pada tahun 2011. Tahniah kepada semua guru, murid dan pihak-pihak yang terlibat.