RSS

En. Sazali Bin Mohamed Mokhtarudin

En. Sazali Bin Mohamed Mokhtarudin
GPK Kokurikulum SKBBS

Saturday, February 26, 2011

Mesyuarat Agung PIBG SKBBS 2011

Mesyuarat Agung PIBG SKBBS 2011 telah selamat dijalankan pada 26 Februari 2011 (Sabtu) di dewan SKBBS. Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh En. Abd Aziz Bin Yahya (Guru Besar SKBBS). Terdapat kelainan pada mesyuarat kali ini di mana diselitkan dengan 4 persembahan yang mantap (tarian Joget, tarian Sarawal, tarian Endang dan koir) bagi memeriahkan suasana. Cabutan bertuah juga telah disediakan dengan 2 hadiah utama iaitu TV plasma dan set home theater. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan mesyuarat kali ini.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SKBBS 2011

SKBBS telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 25 Februari 2011. Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam. Program dimulai dengan bacaan yasin diikuti doa, selawat, perarakan murid dan guru, nasyid, tayangan filem dan diakhiri dengan ceramah.

Monday, February 7, 2011

Istiadat Perlantikan Pemimpin Sekolah 2011

Istiadat Perlantikan Pemimpin Sekolah bagi sesi 2011 telah berlangsung dengan penuh adat Melayu di dewan SKBBS. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG (Dr Kamal Hashim). Beberapa orang pegawai istiadat yang terdiri daripada murid tahun 5 dan 6 telah dilatih oleh En. Saifulizan dan dibantu oleh beberapa orang guru iaitu Pn. Nor Jamilah, Pn. Siti Mariam, Cik Sharmini dan En. Che Zaini. Tahniah kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis tersebut dan juga kepada semua pemimpin sekolah yang dipilih. Anda merupakan pemegang amanah yang dipercayai oleh pihak sekolah.

Tuesday, February 1, 2011

Edisi 2011

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.
Dah lama rasanya tak kemaskini blog ni, maklumlah sibuk sikit.
Tapi untuk pengetahuan semua, maklumat mengenai carta organisasi kokurikulum dan takwim kokurikulum sesi 2011 telah dikemaskini dan boleh dilayari dengan menekan butang di sebelah kanan.
Buat masa sekarang, ini sahaja yang boleh dicoretkan. Entri seterusnya akan dikemaskini setelah beberapa program dijalankan.
Jumpa lagi......

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Get double the value with Chinese New Year Hot Tickets exclusive from Hotlink! Enjoy more talktime and SMS to reach out more to your family and friends in this festive season! #CNYhotticket

Get double the value with Chinese New Year Hot Tickets exclusive from Hotlink! Enjoy more talktime and SMS to reach out more to your family and friends in this festive season! #CNYhotticket